ADA UNSUR MISTIK DALAM KES PHANG LI KHOON?
Skandal pembelian banglo Guan Eng secara ringkasnya
merupakan episod yang hampir sama seperti mana yang telah berlaku terhadap
bekas Menteri Besar Selangor , Dr Khir Toyo sehingga beliau di penjarakan.
Dalam apa jua keadaan sekalipun , apabila satu-satu individu
itu terlibat dalam sesuatu pembelian dan jualan yang mempunyai ciri-ciri jelas
wujudnya unsur kepentingan maka ianya harus dan wajib disiasat.
Kepentingan disini bermaksud individu yang disabitkan itu
datangnya daripada kumpulan yang mempunyai kuasa mahupun kedudukan bagi
menentukan sesuatu sehingga mengundang persoalan , keraguan serta persepsi
tentang wujudnya unsur-unsur rasuah dan yang seangkatan dengannya.
Dalam isu pembelian banglo Guan Eng di Pulau Pinang dengan
harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran , ianya cukup jelas
menimbulkan tanda tanya kepada banyak pihak apakah kewajaran si penjual
melakukannya ?
Phang Li Koon didakwa menjual banglo di Jalan Pinhorn
tersebut kepada Guan Eng pada harga RM 2.5 juta yang berada di bawah harga
pasaran sedangkan nilai hartanah semasa dianggarkan mencecah RM 5 juta.
Jika diamati kes seperti di atas , ianya terlalu kecil untuk
berlaku dan selalunya ia melibatkan pihak-pihak yang punya kedudukan kewangan
dan harta yang berlipat kali ganda itupun jarang sekali berlaku.Dalam sudut
ekonomi pula tindakan sedemikian dianggap sebagai satu kerugian.
Tak pastilah EP kalau Phang Li Koon ini seorang yang pemurah
, kalau berdasarkan kepada portfolionya Phang sudah hampir pasti tidak akan
bertindak sedemikian memandangkan beliau adalah seorang ahli perniagaan yang
tahu tentang istilah untung rugi melainkan ia berlaku disebabkan oleh sesuatu.
Apabila isu penjualan tersebut mendapat perhatian seluruh
rakyat Malaysia , maka Phang telah tampil membuat akuan berkanun (SD) menafikan
dakwaan beliau mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan DAP di
Pulau Pinang.
Ekoran daripada itu beberapa pihak tampil membuat laporan
Polis terhadap Phang mendakwa bahawa beliau telah membuat SD PALSU dengan
bukti-bukti berupa dokumen yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa.
Namun adalah sesuatu yang mengejutkan apabila semua pihak
sedang menantikan laporan siasatan terhadap dakwaan tersebut , Ketua Polis
Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab dalam satu sidang media selepas majlis
perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis negeri mengumumkan bahawa Jabatan
Peguam Negara telah memutuskan untuk menutup kes berkenaan.
Beliau berkata, kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen
199 Kanun Keseksaan telah ditutup setelah keputusan dibuat oleh Jabatan Peguam
Negara beberapa hari lalu.
Menurutnya lagi , pihak polis negeri Pulau Pinang sudah
melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan dan menyerahkannya kepada
Timbalan Pendakwa Raya tetapi dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara membuat
keputusan menutup kes ini.
Persoalan !
Kenapa Jabatan Peguam Negara boleh pula memutuskan untuk
menutup kes tersebut ?
Pada ketika banyak pihak sedang berusaha untuk mendapat
kepastian , Jabatan Peguam Negara pula mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bahawa ia telah membuat
keputusan menutup kes berhubung ahli perniagaan, Phang Li Koon yang menjual
banglo miliknya di Jalan Pinhorn kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Kini persoalan demi persoalan mula berlegar-legar ,
bagaimana pihak polis negeri Pulau Pinang boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu
rupa sedang Jabatan Peguam Negara tidak membuat kenyataan tersebut ?
Siapakah yang memberikan maklumat sedemikian sehingga
perkara sebegini boleh berlaku ?
Atau ianya adalah satu laporan PALSU yang sengaja dilakukan
oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kredibiliti pihak polis
negeri Pulau Pinang ?
Paling membimbangkan EP , apakah terdapat tangan-tangan
ghaib yang cuba untuk menyelamatkan pihak-pihak tertentu melalui jalan belakang
?
Bukan menuduh tetapi bertanya sebab dikhuatiri berlakunya
aksi-aksi terlampau untuk KEPENTINGAN pihak-pihak tertentu !

No comments:
Post a Comment